Home / Bola Sepak / RANGKUNGAN AKSI PUSINGAN PERTAMA TM PIALA MALAYSIA 2020

RANGKUNGAN AKSI PUSINGAN PERTAMA TM PIALA MALAYSIA 2020

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati jangkaan apabila melepasi halanga awal untuk mempertahankan kejuaraan. Kuching FA memberikan tentangan sengit sebelum tewas dengan jaringan 0-1.

JDT kembali ke gelanggang asal mereka Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin melayan Kuching United berikutan Stadium Sultan Ibrahim menjalani pembaikan.

Aksi di Larkin menyaksikan Kuching FA cuba menyaingi lawan namun dihampakan dengan jaringan pembukaan tuan rumah pada minit ke-19 oleh Ariff Aiman Mohd Hanafi.

Di babak kedua Harimau Selatan berusaha menambah kelebihan jaringan namun gagal menembusi benteng terakhir pelawat.

Gol pemain berusia 18 tahun itu kekal menjadi jaringan tunggal perlawanan menoktahkan penampilan sulung wakil Sarawak itu di kempem Piala Malaysia dan membawa JDT melangkah ke peringkat suku akhir.

Naib Juara Piala Malaysia tahun lalu Kedah turut mara selepas menghalang kebangkitan Pahang menerusi kemenangan 3-2.

Sekali lagi pertembungan Kedah dengan Pahang menceritakan penuh drama.

Beraksi di Stadium Darul Aman tuan rumah membuat permulaan baik apabila Mohd Shakir Hamzah membuka jaringan seawal minit ke-17.

17 minit berselang gawang Pahang bolos sekali lagi apabila Kpah Sherman mencatat nama selaku penjaring kedua pasukan.

Kedah terus selesa mendahului 3-0 di depan selepas Tchetche Kipre menemui sentuhan penyudah seminit sebelum rehat.

Pahang bangkit mengurangkan defisit gol pada minit ke-49 menerusi tandukan Mohd Muslim Ahmad.

Cengkaman Kedah yang semakin berkurangan selepas itu membuka ruang kepada kebangkitan Pahang sehingga membolehkan penalti.

Sepakan penalti yang diambil oleh Dickson Nwakame bagaimana pun singgah di palang sekaligus mempersiakan peluang keemasan.

Kedah terus cemas apabila Pahang sekali lagi merapatkan jurang menjadi 2-3 menerusi jaringan Mohd Faizal Abd Rani pada minit ke-88.

Skuad Lang Merah berjaya mengatasi kebangkita skuad Tok Gajah dengan mempertahan 3-2 hingga tamat perlawanan sekaligus mengulangi kejayaan menyingkirkan lawan yang sama tahun lalu untuk mara.

Di Stadium Bandaraya Georgetown penantian gol terlerai pada minit ke-37 apabila Casagrande membolehkan tuan rumah memimpin perlawanan.

Felda United kembali memberikan saingan dengan menyamaan kedudukan empat minit selepas rehat menerusi Nicholas Velez.

Pulau Pinang sekali lagi didepan pada minit ke-62 hasil penyudah Amer Azahar. Cubaan Felda United untuk bangkit kiat luntur apabila lawan menambah gol ketiga pasukan 14 minit sebelum permainan tamat menerusi Lee Chang-hoon.

Kemenangan 3-1 itu membolehkan Pulau Pinang menunjukan jalan keluar buat Felda United pada kempen Piala Malaysia 2020.

Penyerang import kelahiran Brazil Leandro dos Santos membantu kemaraan Perak ke suku akhir selepas jaringan hatriknya membantu skuad The Bos Gaurus menundukan wakil Liga Perdana Kelantan United 4-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Paling menarik Leandro bukan sahaja muncul penjaring terbanyak setakat ini tetapi turut muncul sebagai pemain pertama yang meledak hatrik di pentas Piala Malaysia 2020.

Gol-gol Leandro hadir seawal minit ke-7, 21 dan 48 sementara satu lagi gol disambungkan oleh seorang lagi pemain import juga dari Brazil iaitu Careca pada minit-minit akhir perlawanan.

Sementara itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu Sanjar Shaakhmedov muncul wira Terengganu FC (TFC) apabila jaringan tunggalnya menumpaskan PJ City 1-0.

Jaringan itu berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum pemain kelahiran Uzbekistan itu menewaskan penjaga gol Kalamullah Mat Rowi.

Kemenangan tipis cukup membantu TFC ke suku akhir menentang Perak.

Turut menyertai JDT, Kedah, Perak dan Pulau Pinang di peringkat suku akhir ialah Selangor yang menundukan Melaka 2-1 dan UiTM FC yang menewaskan Kelantan dengan jaringan 3-2.

Peringkat suku akhir bakal menyaksikan pertembungan Pulau Pinang menentang UiTM FC, Johor Darul Ta’zim bertemu Kuala Lumpur, Terengganu FC melayani kunjungan Perak dan Kedah akan berhadapan dengan Selangor