Home / Bola Sepak / Rangkuman perlawanan tumpuan LS21

Rangkuman perlawanan tumpuan LS21

Di Stadium Darul Aman Kedah mencatatkan kemenangan 4-2 keatas Perak dalam perlawanan yang penuh bertenaga.

Perak terlebih dahulu mendahului tuan rumah menerusi Shahrul Saad pada minit ke-28 sebelum N.Thanabalan menyamakan kedudukan pada minit ke-40 perlawanan.

Renan Alvez meletakkan Kedah mendahului di depan hasil jaringannya pada minit ke-45 menerusi tandukan kencang menerjah ke gawang Perak.

Separuh masa kedua menyaksikan Perak bangkit dan menyamakan kedudukan hasil tendakan penalti oleh Ronaldo pada minit ke-79.

Kedudukan ini tidak bertahan lama apabila Kedah terus menambah jaringan menerusi Fernando Rodriguez pada minit ke-89 dan 90 perlawanan.

Di Cheras, Kuala Lumpur terus tertekan rentetan kekalahan demi kekalahan dan kali ini di tangan juara liga musim 2019 iaitu JDT dengan jaringan 0-4.

JDT memperolehi gol menerusi jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-15, Diogo pada minit ke-28 dan 71 dan Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-61.

Stadium Shah Alam menjadi saksi kemenangan buat Selangor yang menewaskan PJ City 3-0. Gol-gol Gergasi Merah dijaringan menerusi Endrick pada minit ke-43, Khyril Muhymeen Zambri minit ke-56 dan Ifedayo Omosuyi pada minit ke-60 perlawanan.

Perlawanan tumpuan lain menyaksikan PKNP FC sekadar seri 1-1 bertemu FELDA United. S.Chanthuru menjaringkan gol pembukaaan buat FELDA pada minit ke-52 sebelum dinafikan oleh gol jaringan Yashir Pinto pada minit ke-81 perlawanan.

Selepas berakhir 20 perlawanan kedudukan liga menyaksikan JDT kukuh di tangga teratas liga dengan 52 mata diikuti dengan Pahang di tangga kedua dengan 37 mata. Kedah berada di tangga ketiga dengan 34 mata hasil 9 kemenangan.