Home / Bola Sepak / RANGKUMAN PERLAWANAN PILIHAN LIGA MALAYSIA 2020

RANGKUMAN PERLAWANAN PILIHAN LIGA MALAYSIA 2020

Di Kuala Terengganu kemenangan Terengganu FC (TFC) menumbangkan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Mizan melonjak TFC ke tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 10 mata menerusi lima perlawanan.

Dengan menguasai perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin jelas memihak tuan rumah Terengganu FC melayan kunjungan Sabah.

Minit ke-12 TFC sudah di hadapan gara-gara pertahanan Sabah mengeluarkan bola membuka ruang buat Dominique Da Silva menjaringkan gol.

Sabah terus dihukum pada minit ke-43 apabila Sanjar Shaakmedov menjadikan kedudukan 2-0 memihak kepada tuan rumah.

Aksi longlai Sabah pada babak kedua terus dimanfaatkan TFC dengan Sanjar menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-71.

Dengan berbaki enam minit perlawanan Faris Ramli berjaya menambah satu lagi gol bagi melengkapkan kemenangan bergaya TFC ke atas Sabah

Ini merupakan kemenangan ketiga TFC musim ini dengan 10 mata dan skuad penyu hanya dibezakan 3 mata dengan pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedah turut mendaki carta liga ke tangga keempat dari tangga kesepuluh sebelum ini dengan kemenangan 2-0 menewaskan PDRM di Stadium PBKL Cheras.

Kedua-dua jaringan dicipta pada babak awal perlawanan menerusi pemain import kelahiran Ivory Coast Tcheche Kipre.

Gol pembukaan Kedah hadir pada minit ke-29 selepas Kipre tidak mempersiakan peluang menerusi sepakan penalti.

Tujuh minit berselang Kipre terus mempamerkan ketajaman menyudahkan lorongan Kpah Sherman untuk menjadikan Kedah selesa mendahului 2-0.

Tiada jaringan dicipta pada baki 45 minit kedua dengan Kedah ceria merakam kemenangan kedua musim ini.

Turut berlangsung perlawanan bagi Liga Premier dengan Pulau Pinang merakam kemenangan sensasi menewaskan Kelantan 3-0 dengan Endrick Dos Santos melakar hatrik.

Turut kecundang Kelantan United yang tumpas kepada JDT2 dengan jaringa 2-3.

Manakala perlawanan Perak II menentang Sarawak United berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Pada aksi di Stadium Haji Hassan Yunos JDT2 menentang Kelantan United nampak seimbang dengan separuh masa pertama berakhir tanpa gol.

Tiga minit separuh masa kedua bersambung Kelantan United mengejutkan tuan rumah menerusi penyudah Fakhrul Zaman.

JDT2 pantas bangkit dengan Luis Cabrera menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Aksi terus rancang dengan giliran JDT2 berada di depan selepas Nicolas Fernandez menyempurnakan sepakan penalti tiga minit berselang.

Minit ke-24 JDT2 tambah selesa selepas sepakan penalti kedua berjaya disudahkan Fernando Rodriguez untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Kelantan United tidak mahu mengalahkan dengan merapatkan defisit jaringan juga menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Alfusainey Gassama minit ke-75.

Baki aksi digunakan tuan rumah bagi mengetatkan pertahanan menyaksikan Kelantan United terpaksa berputih mata untuk kemenangan memihak JDT2.