
JDT kekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini apabila tewaskan Kedah 2-0 di Larkin.
Gol pembukaan skuad harimau selatan itu dijaringkan pada minit ke-33 menerusi rembatan jarak jauh Leandro Velazquez.
Bersambung babak kedua, asakan demi asakan dilakukan kedua-dua bagi menambah jaringan namun kesempatan itu dimanfaatkan Safawi Rasid untuk memastikan kemenangan milik skaud Harimau Selatan pada minit ke-86.
Dalam satu lagi aksi, Kuala Lumpur keluar dari kedudukan kedua tercorot dengan membenam PKNP FC 4-1.
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pembukaan seawal minit ke-11 menerusi Paulo Josue dan bersambung beberapa minit kemudian Guilherme de Paula menambah jurang dengan menyumbangkan dua lagi gol, masing-masing.

Pada babak kedua, PKNP FC berusaha mengejar jaringan gol pertama menerusi Giancarlo pada minit ke-81 namun pada minit terakhir perlawanan, Guilherme memanfaatkan peluang dengan melengkapkan hatriknya pada minit ke-90.
Di Kuala Terengganu, jaringan tunggal pemain gantian Adib Aizudin pada minit ke 90 sudah cukup bagi memastikan pasukan tuan rumah mengutip 3 mata di laman sendiri.

Pasukan Perak pula tidak berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas 3-2 kepada Melaka selain kejayaan PKNS FC mengakhiri kemarau kemenangan dengan menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut PJ City FC apabila menewaskan mereka 3-0.