Home / Bola Sepak / RANGKUMAN PERLAWANAN KEENAM LIGA MALAYSIA 2020

RANGKUMAN PERLAWANAN KEENAM LIGA MALAYSIA 2020

Setelah tamat perlawanan keenam aksi perlawanan ketujuh selepas ini pasni menarik dan cukup mendebarkan.

Kedudukan liga menjadi taruhan setelah kemenangan UiTM FC dan Kedah yang membolehkan kedua-dua pasukan mengumpul 10 mata sekaligus mengikat mata bersama Terengganu FC yang kini berada di posisi berkenaan dalam keadaan yang cukup goyah.

Selepas enam perlawanan Liga Super Terengganu masih berkelebihan jaringan ketika ini tapi menjaminkan situasi yang selamat kerana jika prestasi Kedah dan UiTM kekal cemerlang sudah pasti rombakan kedudukan akan berlaku selepas ini.

Ini pastinya mendatangkan debaran kepada pasukan, pemain dan penyokong masing-masing nanti.

Kejayaan UiTM FC menjinakkan Pahang menjadi tumpuan dengan menjinakkan Pahang 1-0 di gelanggang sendiri di Stadium UiTM.

Taktikal Frank Bernhartt semakin serasi dengan pemain UiTM FC apatah lagi Pahang sekali lagi gagal membuat penampilan meyakinkan.

Gol tunggal kemenangan tuan rumah dihasilkan pada minit ke-63 menyaksikan Rafie Mat Yaacob muncul wira selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol pelawat Mohd Sarbini Alawi.

Ia kemenangan ketiga buat UiTM musim ini manakala Pahang terus berduka tewas buat kali kedua berturut-turut untuk berada di kedudukan kelapan.

Kedah memperolehi tonik bagi mencipta kemenangan 2-1 menewaskan PJ City di Stadium Darul Aman.

Pelawat terlebih dahulu mencipta gol menerusi Washington Brandao pada minit ke-16 namun kelebihan itu dipadamkan Kpah Sherman 8 minit berselang untuk menyamakan kedudukan.

Seorang lagi tonggak import Tcheche Kipre menjaringkan gol kemenangan Lang Merah pada minit ke-69.

Keputusan 2-1 membolehkan Kedah melonjak ke tangga ketiga sementara PJ City masih memburu kemenangan pada aksi 4 terakhir untuk akur di posisi ke-10.

Dalam pada itu dalam satu lagi pertemuan di Lembah Klang membabitkan dua aksi pasukan bawahan PDRM menentang Felda United yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Jaringan yang dicari-cari kedua-dua pasukan hanya terhasil selepas rehat bermula dengan gol pembukaan Iskandar Ismail yang meletakkan tuan rumah di depan empat minit selepas perlawanan bersambung.

Hasrat PDRM untuk melakarkan kemenangan lebur apabila melepaskan gol menuju penghujung aksi.

Khairul Amri Kamal menyempurnakan sepakan penalti untuk pelawat pada minit ke-71 menyelamatkan mereka daripada kekalahan untuk berkongsi satu mata.

Sementara itu bagi saingan Liga Premier pula aksi sengit pertemuan Terengganu FC II menentang JDT II serta kemenangan besar Perak 2 keatas Kuching FA untuk kemenangan pertama musim ini turut menarik perhatian.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah misi Terengganu FC II untuk mengutip tiga mata di laman sendiri di leburkan JDT II.

Bermula baik seawal minit pertama menerusi Engku Nur Shakir Engku Yaakob Kiko Insa tanpil pada minit ke-12 menyamakan kedudukan 1-1 buat JDT II.

Kiko Insa terus tajam selepas itu untuk meletakkan JDT II pula pada minit ke-27 tetapi tuan rumah melawan dengan Engku Shakir sekali lagi membolosi gawang pelawat pada minit ke-55.

Namun minit ke-65 jaringan pemisah JDT II berjaya dihasilkan Fairus Kamaruddin untuk pelawat ceria membawa tiga mata penuh.

Sementara itu di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak II mencatatkan kemenangan pertama musim ini apabila menumpaskan Kuching FA 5-1.

Khairul Asyraf Sahizah membuka tirai gol Perak II pada minit ke-15 diikuti jaringan Nazmi Ahmad 11 minit kemudian.

\Bersambung babak kedua tuan rumah menambah gol ketiga hasil penyudah Adib Abdul Ra’op minit ke-49.

Pelawat berjaya juga meraih gol melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-55. Begitu pun 3 minit kemudian tuan rumah terus melebarkan jurang kepada 4-1 sekali lagi hasil jaringan Adib.

Dan gol kelima tuan rumah menyusul pada minit ke-89 disudahkan Sacha Petshi.