Home / Bola Sepak / Rangkuman Perlawanan Ke 3 WATSONS PIALA MALAYSIA 2013

Rangkuman Perlawanan Ke 3 WATSONS PIALA MALAYSIA 2013

Lapuran Oleh : Md Duang
 
 Patrick Ronaldinho cuba melepasi kawalan pertahanan Felda | Radi Mohamad

KUMPULAN B

T TEAM 2 JDT 3
Pasukan Harimau Selatan meneruskan momentum kemenangan setelah menewaskan T Team di Kuala Terengganu dengan kemenangan tipis 3-2 seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.JDT mendahului pada minit ke 23 hasil jaringan Muhd Hadin.Safee Sali mengukuhkan kedudukan pada minit ke 28 hasil satu sepakan menarik.T Team tidak mudah mengalah dan berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke 48 melalui Ahmad Syamim.Penyerang JDT,Norshahrul kembali meletakkan Harimau Selatan dalam kedudukan selesa apabila merembat masuk pada minit ke 60.T Team berjaya merapatkan kembali jurang melalui Fazuan Abdullah namun JDT kental bertahan sehingga wisel penamat.
PKNS 2 FELDA UNITED 0
Patrick Wleh Ronaldinho membuktikan betapa dia adalah aset penting pasukan PKNS FC apabila meledak dua gol ketika melayan kunjungan Felda United di Shah Alam.Jaringan pada minit ke 35 dan 51 sudah cukup buat anak buah Abdul Rahim Ibrahim mengumpul sembilan mata maksimum seterusnya mengungguli carta kumpulan.Felda United kekal menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.
KUMPULAN A
JOHOR 3 ATM 3
Anak buah B.Satianathan melepaskan tiga mata berharga setelah diikat 3-3 oleh pasukan Johor di Pasir Gudang.Pasukan Johor terlebih dahulu mengejutkan pelawat melalui jaringan Ezaidy pada minit ke 43.Selepas itu,pasukan selatan itu mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Farid Ideris pada minit ke 48 .Namun Shukor Adan kembali merapatkan jurang pada minit ke 53 hasil tandukan jarak dekat.The Gladiators kembali mengikatkan kedudukan hasil rembatan Marlon Alex James pada minit ke 73 .Gol tersebut ternyata membangkit semangat dan Marlon sekali lagi meledak hasil jaringan sepakan percuma cantik ke penjuru kiri lawan buat ATM di hadapan pada minit ke 79.Ketika mereka berkira kira mahu mempertahankan kelebihan itu,Johor pantas menyamakan kedudukan pada minit ke 81 melalui Hairul Nizam Hanif ekoran suasana kelam kabut di depan gawang ATM.
SIME DARBY 3 SELANGOR 0
Entah apalah malang yang melanda pasukan Selangor apabila mereka tewas lagi ketika berkunjung ke Selayang.Setelah tewas 2-3 kepada ATM di Shah Alam,pasukan The Red Giants rebah lagi dengan kekalahan 0-3 kepada Sime Darby.Biarpun Selangor terlebih dahulu menguji lawan namun penyerang import Sime Darby,Karlo Primorac membuka akaun gol pada minit ke 21 dan minit ke 29.Manakala Fazrul melenyapkan harapan Selangor apabila meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke 72.Kemenangan ini meletakkan Sime Darby mendahului carta liga manakala Selangor merintih di dasar kumpulan.
KUMP C
PAHANG 1 TERENGGANU 1
Pemain kebangsaan,Ashari Samsudin memberi permulaan baik buat Terengganu pada aksi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur apabila meledak gol pada minit ke 8.Namun kelebihan tersebut tidak bertahan lama Pahang berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Matias Conti pada minit ke 13.Kedua dua pasukan saling mengasak bagi memburu gol kemenangan namun kedudukan kekal hingga wisel penamat.
N SEMBILAN 1 KELANTAN 1
Pasukan Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata selepas seri 1-1 ketika menerima kunjungan pasukan Kelantan di Paroi.Pasukan The Red Warriors terlebih dahulu di hadapan melalui sentuhan Dickson pada minit ke 40.Namun pasukan Sang Rusa berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan Fabio minit ke 59.Anak buah Ridzuan Abu Shah berpeluang mencatatkan kemenangan namun anugerah sepakan penalti dipersiakan pemainnya sebelum itu.
KUMPULAN D
KEDAH 0 SARAWAK 0
Sang Kenari gagal menggunakan kelebihan di tempat sendiri setelah hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Sarawak di Stadium Darul Aman.Kedua dua pasukan berpeluang namun kekal buntu memecah kebuntuan.Baddrol Bakhtiar berjaya meletakkan bola ke gawang Sarawak namun dibatalkan oleh pengadil, perlawanan kerana Khyril Muhymeen Zambri dikesan berada di dalam kedudukan “offside”.Sarawak juga berpeluang melalui Bobby Gonzalez namun gagal mencetak jaringan.
Yob berjaya mengekang sang singa | Yusrie Zulkifli
PERAK 1 LIONS 0
Jaringan Azlan Ismail pada minit ke 8 sudah cukup menghantar pasukan Lions XII pulang tanpa sebarang mata dari Ipoh.Ternyata gol awal tersebut memberi kelebihan buat pasukan bimbingan Azraai Khor menghalang asakan lawan dan seterusnya mengumpul tiga mata berharga.Kekalahan kedua pasukan Lions XII menyaksikan mereka terjunam ke dasar carta kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*