Home / Bola Sepak / Rangkuman beberapa perlawanan LS16

Rangkuman beberapa perlawanan LS16

Foto : Darren Liew | Sukan Malaysia Dot My

15 Jun 2019 , Kota Kinabalu : Jaringan tunggal dari Alto Linus memastikan Sabah memungut tiga mata penuh di Likas !

Berikut adalah sedikit rangkuman dari perlawanan Liga Premier 2019 diantara pasukan Sabah menentang Negeri Sembilan di Stadium Likas Kota Kinabalu yang berkesudahan 1-0 hasil jaringan Alto Linus pada minit ke 65 yang memastikan tiga mata penuh di gengaman sekali gus membenarkan pasukan Sabah melonjak ke tangga kedua Liga .

Foto oleh : Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY


15 Jun 2019 , Shah Alam : Rangkuman aksi separuh masa pertama perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di antara Selangor (merah) dan Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 15 Jun 2019.

Pasukan tuan rumah, Selangor mendahului lawan dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Ifedayo Olusegun Patrick Omoyusi pada minit ke 36.

Aksi separuh masa kedua perlawanan berkesudahan pasukan tuan rumah, Selangor menang 2-1.

Gol2 Selangor dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun Patrick Omoyusi (min 36) dan penalti Sandro Da Silva (min 90+5). Pasukan pelawat, Kuala Lumpur membalas melalui penalti De Paula (min 58).

Foto oleh : Jeffrizal Abu Jaapar | SukanMalaysiaDotMY


14 Jun 2019 , Petaling Jaya : Rangkuman penuh perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di antara PJ City FC (Biru) dan Perak FC yang berlangsung di Stadium Bolasepak MBPJ, Petaling Jaya menyaksikan Pasukan pelawat, Perak berjaya membawa pulang 3 mata setelah berjaya membenam cabaran pasukan tuan rumah dengan kemenangan tipis 1-0.

Jaringan tunggal pemain import Ronaldo Henrique Silva di minit ke 19 sudah cukup buat skuad seladang pulang dengan senyuman manakala PJ City berduka.