SHAH ALAM, 20 Jun 2014 : Saingan menentukan juara Liga Super 2014 semakin sengit dan hanya akan dapat ditentukan pada perlawanan terakhir Liga Super, ini kerana Selangor berjaya mengutip 3 mata penuh di Shah Alam ketika menentang Sarawak dengan jaringan 3-0. Sekaligus masih memberi harapan untuk Selangor menjulang Piala Liga Super musim ini.
Selangor yang mendapat kembali penyerang importnya Paulo Rangel yang tidak dapat beraksi 2 perlawanan sebelum ini akibat digantung kerana menerima kad merah ketika ketika menentang Terengganu beraksi cemerlang apabila menjaringkan 2 gol dan membantu menghasilkan 1 gol untuk Ahmad Hazwan Bakri.
Selangor yang hanya dibezakan 1 mata dengan pendahulu liga Johor DT akan bertemu PKNS pada perlawanan terakhir dan mereka memerlukan kemenangan pada perlawanan tersebut sambil mengharaplan Johor DT seri atau tewas di Kuching.
Gambar Oleh : Aqil Shatir