Home / Lain - Lain / Rakyat Run 2.0 teruskan kesinambungan sambutan Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah

Rakyat Run 2.0 teruskan kesinambungan sambutan Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah

Bersempena dengan Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 syarikat perbankan Bank Rakyat tampil menganjurkan aktiviti Rakyat Run 2.0 di persekitaran Dataran MAEPS di Serdang.

Ini adalah kali kedua penganjuran Bank Rakyat selepas sambutan menggalakan pada edisi pertama dua tahun lalu.

Rakyat Run 2.0 dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli tepat jam 7 pagi disertai oleh lebih 2000 peserta mengambil bahagian pada edisi kedua larian tahun ini.

Hanya dua kategori dipertandingkan iaitu 7km dan 3.5km bersempena dengan Minggu Usahawan Nasional yang bermula di dataran MAEPS sejak Khamis lalu.

Bank Rakyat selaku penganjur tujuan utama larian ini adalah untuk memupuk semangat dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta selari dengan matlamat pembangunan lestari iaitu kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik.

Lebih menarik acara terus meneruskan kesinambungan sambutan Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan. Acara larian ini turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM3000 kepada tiga pemenang utama kedua-dua kategori.