Home / Lain - Lain / #ragbipadu : Liga Super KRM 2016 bermula

#ragbipadu : Liga Super KRM 2016 bermula

Pemain pasukan Gambar oleh Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Pemain pasukan KL Saracens cuba melepasi pemain pasukan Keris Conlay dalam perlawanan pembukaan Liga Super KRM 2016. Gambar oleh Faiz Azizan / Sukan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Januari 2016 : Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016 telah membuka tirainya minggu lalu dengan 14 pasukan bertanding telah dibahagikan kedalam dua kumpulan untuk beradu kekuatan. Empat perlawanan telah berlangsung pada hari pertama liga dengan perlawanan pembukaan menemukan Liga Super KRM 2015, Keris Conlay bertemu menentang  pasukan KL Saracens yang baru dinaikkan dari Kejohanan NICC.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Ragbi UKM,Bangi agak hambar pada separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan gagal mencari rentak permainan sebenar. Mata sulung kejohanan tahun ini dicatatkan pada minit ke30 melalui sepakan penalty 3 mata oleh pasukan Keris Conlay yang disempurnakan oleh pemain berjersi 15 Mohd Fairuz bin Abd Rahman. Selang 7 minit kemudian sekali lagi beliau menyempurnakan penalty dan menjadikan kedudukan 6–0 kekal sehingga ke wisel separuh masa.

Pasukan KL Saracens cuba mengimbangi permainan dengan beberapa percubaan kearah tryline pasukan Keris Conlay dan percaturan mereka membuahkan hasil pada minit ke 47 dengan satu try namun konversi gagal disempurnakan. Seakan baru menemui rentak, pasukan KL Saracens terus mengasak kubu pasukan Keris Conlay namun dalam kegairahan mereka menembusi pasukan lawan, mereka dikejutkan dengan satu serangan pantas oleh pasukan Keris Conlay.

Aksi pemain pasukan Mersing Eagles dan ASAS RC  dalam perlawanan Liga Super KRM 2016. Gambar oleh Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Aksi pemain pasukan Mersing Eagles dan ASAS RC dalam perlawanan Liga Super KRM 2016. Gambar oleh Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Keris Conlay terus menjarakkan mata pada minit ke 70 dengan satu try dari pemain bahagian tengah, Jone Marawa Nasalo. Seakan kehilangan punca pasukan KL Saracens telah membuat satu kesalahan pada minit 75 dan menyebabkan pasukan Keris Conlay dihadiahkan penati. Sekali lagi pemain fullback Keris Conlay Mohd Fairuz bin Abd Rahman berjaya menyempurnakannya. Keputusan 14 – 5 kekal sehingga ke wisel penamat.

Dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Padang yang sama, pasukan ASAS RC telah melayan kunjungan pasukan dari selatan tanahair Mersing Eagles. Perlawanan berkesudahan dengan Mersing Eagles mengatasi ASAS RC 21 – 17.

Dua lagi pertembungan telah berlangsung di luar Kuala Lumpur iaitu di Politeknik Merlimau Melaka diantara Pasukan Politeknik Malaysia bertemu pasukan JLJ DiRaja. Keputusan perlawanan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 42 – 17 dan pasukan Iskandar Raiders tumpas kepada pasukan UiTM Lions digelanggang sendiri dengan keputusan 27 berbalas 13.