Home / Lain - Lain / Rafiq juara dunia baharu

Rafiq juara dunia baharu

Rafiq Ismail. Pix © BOWL.com

HONG KONG, 3 DISEMBER 2018 : Pemain bowling lelaki negara Rafiq Ismail muncul juara dunia yang baru dalam acara perseorangan lelaki apabila Berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Bowling Dunia Lelaki yang berlangsung di Hong Kong.

Kejayaan menewaskan Dan MacLelland yang juga merupakan pemenang pingat emas 2014 dari Kanada menobatkan Rafiq selaku juara dunia yang baru. Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan MacLelland dengan jatuhan pin 217-2014.

Kejayaan menewaskan Dan MacLelland yang juga merupakan pemenang pingat emas 2014 dari Kanada menobatkan Rafiq selaku juara dunia yang baru. Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan MacLelland dengan jatuhan pin 217-2014.

Kecemerlangan ini juga menamatkan kemarau 39 tahun negara dalam arena bowling sejak gandingan J.B Khoo, Alan Hooi dan Edward Lim memperolehi pingat emas bagi kategori lelaki pada tahun 1979 di Manila.

Terdahulu, Rafiq mengatasi cabaran pencabar dari Amerika iaitu Kyle Troup di peringkat separuh akhir hanya menerusi perbezaan satu jatuhan pin dengan keputusan 171-170 dalam perlawanan yang mendebarkan.

“Saya sangat gembira!Ini merupakan pingat pertama saya dalam Kejohanan Dunia dan ia adalah pingat emas!”,ujar Rafiq kepuasan.

Rafiq menduduki tangga ke-40 pada 2013 dan ke-54 tahun lepas dalam kejohanan yang sama.

Kemaraan Malaysia diteruskan lagi menerusi Andrian Ang dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam yang berpotensi menghasilkan emas kedua negara menerusi acara separuh akhir beregu lelaki esok.