Home / Lain - Lain / Rafiq dan Li Jane takluk Eropah

Rafiq dan Li Jane takluk Eropah

Jaguh boling negara Rafiq Ismail menjuarai Master Jelajah Boling Eropah (EBT) di Madrid yang merupakan trofi keduanya berturut-turut setelah meraih gelaran di Kejohanan Antarabangsa di Singapura baru-baru ini.

Dalam kategori wanita pula, Sin Li Jane muncul juara manakala atlet negara Siti Safiyah Amirah meraih tempat ketiga.

Rafiq mengungguli aksi 12 game dengan 2,751 jatuhan pin mengatasi Kyle Troup dari Amerika Syarikat (2,741) dan Jesper Svensson dari Sweden (2,717).

Li Jane pula mencatat 2,603 jatuhan pin untuk mengatasi Mai Ginge Jensen, Denmark (2,339) dan Siti Safiyah (2,284).

Cabaran mereka di Madrid masih belum berakhir apabila meneruskan aksi di Cabaran Madrid yang akan berakhir hujung minggu ini.