Home / Golf / Quincy juarai Jelajah Pembangunan Asia Kejohanan Golf PGM Northport

Quincy juarai Jelajah Pembangunan Asia Kejohanan Golf PGM Northport

Pusingan akhir Kejuaran Golf PGM Northport ADT menyaksikan Quincy Quek mengakhiri penantian selama tujuh tahun untuk memenangi gelaran kedua dalam Jelajah Pembangunan Asia (ADT) apabila 10 catatan birdie membantu menyingkirkan pendahulu Adam Blyth pada pusingan akhir.

Tumpuan lebih terarah kepada pendahulu Adam Blyth namun boogie seawal lubang pertama jelas agak merencatkan catatanya pada hari terakhir kejohanan selepas 7 birdie yang dilakarkannya meletakkan jaguh Australia ini mendahului dengan catatan 6 dibawah par 24 di bawah par keseluruhan.

Situasi ini membuka peluang buat wakil dari Singapura Quincy Quek untuk memintas kedudukan Blyth. Bermain baik dengan catatan 9 birdie di lubang pertama, Quicy terus cemerlang pada bagi 9 lubang berikutnya.

Enam birdie tambahan berjaya dilakar Quincy termasuklah tiga birdie berturut-turut lubang 14,15,16 berjaya mengikat kedudukannya bersama Blyth.

Birdie lubang terakhir menjadi pemisah buat Quincy untuk bergelar juara dengan catatan 10 dibawah par untuk keseluruhan 25 di bawah par.

Kejayaan itu menyaksikan Quincy membawa pulang wang tunai hampir RM40,000.00 serta trofi kejuaraan.