Home / Lain - Lain / PUTRAJAYA BAKAL DIKENALI SEBAGAI MESRA SUKAN

PUTRAJAYA BAKAL DIKENALI SEBAGAI MESRA SUKAN

Pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya akan dibangunkan sebagai bandar mesra sukan dengan dilengkapi infrastruktur sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa.

Projek Kementerian Wilayah Persekutuan ini akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan dijangka siap pada tahun 2023 dan bakal dilengkapi dengan fasiliti sukan bola sepak dan ragbi.

Infrastruktur sukan dan rekreasi akan dibina termasuklah pusat pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), padang bola sepak komuniti dan padang ragbi.

Bagi sukan bola sepak pembangunan di atas tanah seluas 42.4 ekar di Presint 5 Putrajaya adalah kerjasama strategik perlaburan oleh badan bola sepak berprestij iaitu AFC, AFF dan FAM.

Ia juga bakal menempatkan ibu pejabat AFF, Stadium AFC dan ibupejabat baharu FAM serta pusat latihan bola sepak kebangsaan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa beberapa nama rasmi untuk bandar bola sepak itu akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong isnin ini.

Selain padang bola sepak, projek ini juga akan menempatkan Stadium Nasional Ragbi, padang komuniti serta kompleks sukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Ini selaras dengan harapan Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya sebagai hub kecemerlangan sukan.