Home / Lain - Lain / Pusat Sukan Tumpuan (PST) juara keseluruhan Varsiti Boat Race 2019

Pusat Sukan Tumpuan (PST) juara keseluruhan Varsiti Boat Race 2019

Kejohanan Varsity Boat Race 2019 melabuhkan tirai dengan juara keseluruhan diraih Pusat Sukan Tumpuan (PST) buat kali keempat bertutut-turut menewaskan 11 ipt tempatan termasuk 9 dari universiti dan 10 pasukan jemputan dari Pakistan.

Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya dianjurkan secara kerjasama antara Kementerian Pendidikan, MASUM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perbadanan Putrajaya (PPj), Persatuan Mendayung Malaysia (PEDAMA) dan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).

PST membolot enam pingat emas bagi acara mendayung iaitu Men Single Scurle, Lightweight Men, Double Scurle, Men Four, Men Eight, Women Single Scurle dan Lighweight Women Double Scurle.

Dalan pertandingan akhir, PST menumpaskan lima pasukan iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Ateneo De Manila University (ADMU) dan Universitas Singaperbangsa Kerawang (UNISKA).

Juara kategori wanita dimenangi Danang Sports University (DSU), Vietnam bagi saingan empat berpasukan.

Pasukan PST diwakili tiga pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) iaitu Muhammad Rabani Hashim, Muhammad Aizuddin Zakaria, Adli Irfan Muhammad Zahir.

Selain itu lima pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Khairuddin Azwi, Yong Kong Chen, Muhammad Asyraf Radzi, Shahrul Ikhwan Shaharudin, Muhammad Zulhanif Mazlan dan pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Mohamad Amirul Norhadi.

Pasukan mendayung DSU pula diwakili Nguyen Thi Kim Huyen, Nguyen Lam Kieu Diem, Tran Thi Kiet dan Hoang Thi Hoa.

Kesemua pemenang menerima sijil dan medal yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad.