Home / Lain - Lain / PUSAT LATIHAN PELAYARAN UNIVERSITI MALAYSIA (UMT) HUB LAHIRKAN PERINTIS MUDA SUKAN PELAYARAN NEGARA

PUSAT LATIHAN PELAYARAN UNIVERSITI MALAYSIA (UMT) HUB LAHIRKAN PERINTIS MUDA SUKAN PELAYARAN NEGARA

Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menerajui sukan pelayaran dikalangan universiti pendidikan tinggi Malaysia bakal menjadi platform terbaik melahirkan lebih ramai pelayar muda negara.

Objektif utama pusat latihan yang mula ditubuhkan pada 1 Ogos lalu bertujuan membudayakan sukan pelayaran di Terengganu terutama dikalangan pelajar UMT sendiri..

Pusat latihan pelayaran UMT ini merupakan hub untuk melahirkan lebih ramai pelayar muda tempatan di kalangan pelajar.

Di UMT sendiri ditawarkan tiga subjek berkaitan sukan pelayaran iaitu Asas Pelayaran, Lanjutan Pelayaran dan Kejurulatihan Pelayaran di bawah Fakulti Pengajian Maritim dengan tempuh tiga semester.

Setakat ini Pusat Latihan Pelayaran UMT telah mempunyai seramai 100 pelajar.

Pada saingan Regatta Diraja Langkawi (RLIR 2020) ini UMT telah menghantar satu pasukan dalam saingan kelas SportsBoats menerusi tiga orang pelajar Mohd Nabian Norwandi, Mohd Amirul Aziq Mohd Asriq dan Tuan Ahmad Shahmi Tuan Zainuddin serta jurulatih Ahmad Ali Ahmad Hishamuddin serta Nur Ayuni Mohd Amin.

Sehingga hari keempat RLIR 2020 pasukan UMT menerusi skipper Ku Anas Ku Zamil berjaya menduduki tempat ketiga dalam kelas Sport Boat selepas 9 perlumbaan setakat ini dengan mengutip 21 mata.

Manakala pasukan MSA-MSN terus mengungguli kedudukan pendahulu dengan 10 mata mengatasi pasukan Navy 1 di tangga kedua.