Home / Bola Sepak / PULAU PINANG MERAKAM KEJUARAAN LIGA PREMIER MALAYSIA 2020

PULAU PINANG MERAKAM KEJUARAAN LIGA PREMIER MALAYSIA 2020

Dengan kejuaraan Liga Super menjadi milik JDT saingan Liga Premier juga menemui pemenangnya dengan Pulau Pinang mengesahkan gelaran juara selepas merakam kemenangan 4-0 keatas Kelantan United di Stadium Bandaraya.

Pencabar utama Kuala Lumpur gagal meraih 3 mata selepas diikat 0-0 menentang Perak II di Manjung.

Disebalik cabaran yang diberikan Kuala Lumpur Pulau Pinang nyata berada dalam kelas tersendiri ketika mencatat kemenangan 4-0 keatas Kelantan United.

Minit ke-18 Pulau Pinang sudah di depan gol menerusi Lee Chang-Hoon berpunca dari sepakan penjuru.

Dua minit berselang aksi menarik yang ditampilkan tuan rumah berjaya menghadirkan jaringan kedua pasukan kali ini menerusi Al Hafiz Harun.

2-0 tamat separuh masa Pulau Pinang terus menyajikan penguasaan menyeluruh baki 45 minit kedua.

Pada minit ke-53 Bobby Gonzales berjaya melepasi pertahanan Kelantan United sebelum menjaringkan gol ketiga tuan rumah.

Kesilapan pasukan pelawat untuk mengeluarkan bola pada minit ke-73 membuka peluang buat Cassagrande mencipta jaringan untuk turut melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 Pulau Pinang keatas Kelantan United.

Sebaik menerima khabar gembira dari Manjung Pulau Pinang terus berpesta apabila keputusan seri yang dialami Kuala Lumpur terus memastikan kejuaraan Liga Premier menjadi milik mereka.

Di Manjung segalanya serba tidak menjadi buat Kuala Lumpur yang memerlukan kemenangan untuk terus mencabar Pulau Pinang.

Bagaimanapun segala yang dilakukan barisan kendalian jurulatih Mohd Nidzam Adha Yusof tidak menjadi ketika berdepan pasukan tangga tercorot Perak II.

Diikat 0-0 pada babak pertama skrip yang sama berulang sebaik aksi bersambung.

Usaha Kuala Lumpur untuk mencari kemenangan makin samar dengan Perak II terus kental bertahan.

Dengan keputusan 0-0 tamat separuh masa harapan Kuala Lumpur musnah untuk mencabar kejuaraan. Lebih-lebih lagi ketika Pulau Pinang berjaya mencapai kemenangan sensasi di Stadium Bandaraya.