Home / Lain - Lain / PSM TANGGUH SEMUA KEJOHANAN UTAMA ANJURAN BADAN INDUK ITU

PSM TANGGUH SEMUA KEJOHANAN UTAMA ANJURAN BADAN INDUK ITU

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk menangguhkan semua kejohanan anjuran badan induk itu.

Ini berikutan seorang pegawai yang terlibat dengan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 telah bersama seorang individu yang disahkan positif Covid-19 dalam sebuah bas dua minggu lalu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PSM terpaksa menangguhkan semua pertandingan anjuran badan induk itu.

Selain STL musim ini PSM juga terpaksa menangguhkan STL Youth 2020 dan Piala Datuk Ahmad Ismail Siri 1 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian setelah mendapat keputusan saringan Covid-19 seorang pegawai mereka.

Penangguhan ini berpunca apabila seorang pegawai terlibat dengan STL 2020 telah menaiki bas dua minggu lalu.

Berdasarkan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) PSM dimaklumkan terdapat salah seorang daripada penumpang lain dalam bas tersebut telah disahkan positif Covid-19.

Pegawai tersebut telah dikuarantin dan berada dalam pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun PSM juga mendapati ramai peserta STL dan STL Youth 2020 mempunyai kontak rapat.

Disebabkan semua punca itu PSM terpaksa menangguhkan semua kejohanan dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

STL 2020 sepatutnya bersambung sehingga 11 Oktober untuk perlawanan keempat.