Home / Lain - Lain / PSM singkir Syahir dan Zulkifli

PSM singkir Syahir dan Zulkifli

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akhirnya buka mulut berhubung isu pengguguran dua tekong negara iaitu Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abdul Razak atas faktor disiplin hujung bulan lalu.

Presidennya Datuk Ahmad Ismail mengakui keputusan itu terpaksa dibuat bagi mengelak kerosakan yang lebih besar berlaku.

“PSM telah cuba untuk mengubati ranting-ranting yang telah dimakan anai-anai. Hasil dari siasatan awal kami terdapat orang-orang tertentu di belakang yang menyucuk mereka”, tegas Datuk Ahmad Ismail.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain itu pernah mambantu Malaysia meraih pingat emas acara antara regu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Singapura 2015.

Mereka juga bertanggungjawab membutirkan pingat emas acara sama dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu, sekali gus menamatkan kemarau 24 tahun negara dalam temasya itu.