Home / Badminton / Projek 24 : BAM sasarkan emas pertama Olimpik Itali

Projek 24 : BAM sasarkan emas pertama Olimpik Itali

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan pingat emas mampu direalisasikan menjelang Sukan Olimpik 2024 yang dijadualkan berlangsung di Itali.

Badan induk badminton negara itu tampil dengan memperkenalkan rangka baharu yang dinamakan Projek 24 yang bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana perlu dibentang di mesyuarat ahli majlis bagi mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

“Jika Projek 24 diluluskan oleh ahli majlis, ia bakal menjadi halatuju yang bakal diambil BAM dalam pembangunan sukan badminton di Malaysia”, ujar Datuk Kenny Goh selaku Setiausaha Agong BAM.

Menurut Kenny Goh lagi, Projek 24 adalah kesinambungan projek terdahulu sambil tidak mengabaikan program Sukan Olimpik 2020.

Projek 24 menyasarkan pingat emas pertama di Olimpik 2024 di Itali serta sasaran berada dalam kelompok finalis Piala Thomas di China.

Antara perubahan besar dalam Projek 24 adalah barisan jurulatih bagi beregu lelaki dan wanita yang diletakkan dalam cabang yang lebih terperinci mengikut jantina dan beregu,

“Semua elemen penting kita dahulukan dalam program ini dan kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dan mengatasi segala cabaran untuk memastikan program ini berkesan”, ujar Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choon Hann.

Menerusi progam baru ini perancangan khusus akan dirangka untuk setiap pemain yang merangkumi kejohanan, tahap kecergasan, kekuatan mental dan menempuhi penilaian individu setiap empat bulan bermula Disember ini.