Home / Lain - Lain / Program Jenesys buka peluang kepada pemain muda mendalami sukan ragbi

Program Jenesys buka peluang kepada pemain muda mendalami sukan ragbi

Sempena temasya Ragbi Dunia 2019 yang berlangsung di Jepun ketika ini, negara matahari terbit itu memberi peluang kepada pemain muda negara mendalami budaya ragbi mereka menerusi hubungan persahabatan Jepun Jenesys 2019 bermula 14 sehingga 21 September di Tokyo.

Selain beberapa pemain muda ragbi Malaysia yang turut menyertai program itu adalah 165 pelajar dan beberapa pegawai persatuan Ragbi dari negara-negara Asia.

12 pemain muda Malaysia yang dipilih oleh Persatuan Ragbi Malaysia (MRU) melalui kejohanan-kejohanan yang telah diadakan sepanjang tahun ini.

Program ini menggalakkan pertukaran pelajar Jepun dengan negara-negara Asia seperti Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timur Leste.

Pelajar-pelajar yang terlibat akan berada di wilayah Sizuka yang terkenal dengan produk-produk ragbi di Jepun dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa Universiti Sizuka.

Selain itu Jenesys menyediakan kelas untuk menjelaskan tentang perhubungan antara Jepun dengan negara Asean melalui sukan ragbi.