Home / Hoki / Preview Separuh Akhir Piala Asia 2013 : Malaysia VS India

Preview Separuh Akhir Piala Asia 2013 : Malaysia VS India

Setelah mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan dengan persembahan turun naik, Malaysia sekali lagi akan turun ke Stadium Azlan Shah menentang pasukan pilihan India didalam pertemuan separuh akhir esok.

Turun sebagai pasukan tuan rumah tidak langsung memberi kelebihan kepada Malaysia dek kerana tewas ditangan Pakistan diperingkat kumpulan tempoh hari. Jika dilihat pada prestasi semasa kedua dua pasukan pasti jurulatih Malaysia Paul Revington lebih “pening kepala” berbanding dengan jurulatih India. Malaysia yang melepaskan 8 gol dari 3 perlawanan cukup untuk menceritakan betapa rapuh nya pertahanan Malaysia didalam kejohanan kali ini.

Dengan persembahan tidak konsisten S Kumar di gawang pada 2 pertemuan awal peringkat kumpulan nyata seolah olah menceritakan bahawa zaman kegemilangan beliau sudah berakhir. Namun jika dilihat prestasi beliau pada separuh masa kedua bertemu Jepun diperlawanan terakhir peringkat kumpulan mungkin sedikit menarik nafas lega kepada penyokong dan barisan kejurulatihan negara dan dilihat beliau sudah kembali pada prestasi cemerlang beliau sebagai penjaga gol terbaik asia.

Barisan pertahanan yang diketuai oleh pemain berpengalaman Azlan Misron dan Razie Rahim seolah olah sedikit pun tidak mendatangkan perasaan gerun kepada barisan penyerang lawan. 2 gol oleh pasukan Taiwan pada perlawanan pertama cukup untuk membuatkan Paul Revington dan Arul Selvaraj untuk tidak senang duduk. Walaupun mendapat bantuan dari pemain yang dilabelkan salah seorang pemain yang tenang iaitu Shukri Mutalib namun ia sedikit pun tidak berjaya memantapkan lagi barisan pertahanan negara. Baljit Singh dibahagian kiri pertahanan menjadi lubuk untuk pasukan lawan menerjah masuk ke kawasan D negara. Jika Malaysia ingin bergelar juara Paul Revington wajib untuk memperbaiki bahagian ini dengan kadar segera.

Barisan Tengah pasukan negara pula dilihat seperti yoyo dalam kejohanan kali ini. Bertindak cemerlang diperlawanan pertama namun tenggelam diperlawanan kedua. Namun berjaya bangkit kembali di perlawanan ketiga bertemu Jepun tempoh hari. Dipimpin oleh ketua pasukan Shahrun Nabil serta dibantu oleh pemain paling menyerlah dalam skuad negara kali ini Fitri Shaari, diharap barisan tengah negara mampu mencipta ruang demi ruang untuk barisan hadapan merobek gawang India.

Barisan serangan negara pula agak “sepi” pada kejohanan kali ini. Walaupun 4 gol berjaya dihasilkan oleh penyerang terbaik negara Faizal Shaari, tapi jika dilihat dari segi persembahan keseluruhan, beliau agak kurang menjadi kali ini. Namun diharap prestasi beliau akan memuncak diperlawanan separuh akhir esok dan seterusnya membantu negara mencipta sejarah menjulang piala asia buat kali pertama.

Biarpun diatas kertas India dilihat lebih bernafsu tapi harus diingat harimau yang bangun tidak mungkin akan mudah mengalah. Ayuh Malaysia.. Kita buktikan Malaysia boleh dan jadikan kemenangan esok sebagai satu hadiah buat seluruh rakyat Malaysia menyambut malam kemerdekaan negara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*