Home / Bola Sepak / Preview Final Piala Malaysia 2019 : Kedah tetap optimis tanpa Renan dan Rizal

Preview Final Piala Malaysia 2019 : Kedah tetap optimis tanpa Renan dan Rizal

Menjelang final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil Johor Darul Ta’zim(JDT) dan Kedah pastinya sibuk merencana strategi masing-masing untuk memburu gelaran juara.

Realitinya Kedah tampak sedikit bergelut berikutan dua tonggak utama Renan Alvez dan Rizal Ghazali digantung perlawanan namun ia tidak sesekali mengundang rasa panik buat jurulatih Lang Merah Aidil Sharin Sahak yang sudah pun membunyi bayangan kesebelasan utama pada sesi latihan terakhir di Alor Star Kedah.

Sememangnya teka teki tindakan Aidil yang enggan mendedahkan nama pemain yang layak menggantikan tempat Renan Alvez dan Rizal Ghazali dilihat satu percaturan yang wajar ketika JDT juga pastinya memantau setiap perkembangan terkini lawan mereka.

Sebagai juara Piala FA 2019 Kedah dilihat lebih berpengalaman beraksi di pentas final musim ini dan mereka akan berjuang bermati matian dalam aksi sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengikut rekod Kedah layak ke final Piala Malaysia 2019 selepas mencatat agregat 8-8 daan menang menerusi gol di tempat lawan menentang Pahang di separuh akhir.