Home / Bola Sepak / Presiden PBNJ mengamuk di larkin !

Presiden PBNJ mengamuk di larkin !

25 AUG 2013 KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan sekali lagi berang dengan mutu pengadilan pengadil perlawanan bolasepak diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Felda United di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor malam tadi.
Tindakan Tengku Mahkota Johor itu, yang dilihat turun ke kawasan laluan masuk ke bilik persalinan dan memarahi pengadil perlawanan, dirakamkan oleh peminat Johor Darul Takzim dan dimuat-naik di laman youtube sejak dari malam tadi.
Jelas, tindakan Tengku Mahkota itu yang pernah dihukum oleh Persatuan Bolasepak Malaysia kerana kelantangannya dalam mengkritik mutu pengadilan bolasepak di Malaysia dianggap tidak professional. Tindakan Tengku Mahkota itu bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan lebih buruk ke atas keselamatan pegawai perlawanan malah menyukarkan lagi situasi pegawai perlawanan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang.
Ibarat kata pepatah, Pengadil ibarat mentimun, TMJ ibarat durian, apalah yang mampu dilakukan oleh Pengadil perlawanan bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Bila TMJ sendiri gagal mengawal amarahnya, rakyat jelata pasti akan mengikut rentaknya, sebagai tanda taat setia. Mampukah disaat itu kita menjamin keselamatan pegawai perlawanan ?
Namun jika di lihat dari prespektif yang lebih besar, sudah pasti, setiap pengadil perlawanan yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang menghadapi “sindrom TMJ” yang pasti akan menyebabkan mereka tergugat dalam membuat keputusan. Apakah kita mampu menjamin keputusan yang lebih telus dalam keputusan pengadil pada perlawanan JDT pada masa akan datang? Atau keputusan yang lebih memihak kepada JDT kerana bimbang TMJ akan murka selepas perlawanan ?
Harus diingat, Pengadil juga adalah insan biasa yang tidak lari membuat keputusan. Apatah lagi keputusan perlu dibuat dalam sekelip mata mengikut pengamatan undang-undang bolasepak. Dalam situasi ini, pasti setiap insan boleh melakukan kesilapan. Namun tindakan memarahi pegawai perlawanan itu secara terbuka, apatah lagi dari seorang individu yang berpengaruh dilihat tidak wajar.
Sudah pasti ada saluran yang lebih baik boleh digunakan sekiranya isu pengadilan di pertikaikan. Dan sebagai individu paling berpengaruh, Tengku Mahkota Johor seharusnya menggunakan saluran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*