Home / Lain - Lain / Polo, Soft Tenis dan Jujitsu sah tarik diri Sukan SEA Filipina 2019

Polo, Soft Tenis dan Jujitsu sah tarik diri Sukan SEA Filipina 2019

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan tiga jenis sukan iaitu Polo, Soft Tenis dan Jujitsu menarik diri daripada menyertai Sukan SEA Filipina selepas mendapat pengesahan daripada persatuan berkenaan.

Manakala tiga lagi acara masih lagi dalam perbincangan memandangkan jawatankuasa pemilihan Sukan SEA masih lagi belum menerima senarai nama atlet.

Bagi sukan bola sepak wanita pula MOM masih lagi dalam perbincangan untuk meletakkan sukan berkenaan dalam kategori A atau B dan juga bergantung kepada pencapaian dalam kejohanan bola sepak wanita AFF 2019 yang akan berlangsung dari 15-27 Ogos.

Tiga sukan seperti kayak, petanque dan hoki ais dikenalpasti masih belum menyerahkan senarai akhir atlet sebelum 2 September bagi mengelak penyertaan mereka ditolak oleh jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA.