Home / Lain - Lain / Poland sahkan sertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Poland sahkan sertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah


Saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 akan disertai enam negara termasuk tuan rumah Malaysia yang berada di ranking ke-13 dunia. Selain Poland (21), kejohanan itu turut disertai India (5), Kanada (10), Korea Selatan (17) dan Jepun (18).

Kehadiran Poland selaku pasukan ranking ke-21 dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) adalah bagi menggantikan Afrika Selatan (16) yang menarik diri gara-gara masalah kewangan.

Sebelum itu Ketua Jurulatih hoki negara, Roelant Oltmans akui tidak panik walaupun kehilangan khidmat empat tunggak utamanya akibat kecederaan menjelang kejohanan tersebut.

Gandingan pemain muda yang dibawa masuk mampu isi kekosongan yang ditinggal pemain senior.

Kejohanan di Perak ini adalah sebagai sebahagian daripada persiapan kelayakan Olimpik pasukan kebangsaan.Untuk rekod, pasukan negara muncul naib juara sebanyak lima kali pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.