Home / Bola Sepak / #PM2016 – Ukah & Hazwan Selamatkan Selangor

#PM2016 – Ukah & Hazwan Selamatkan Selangor

biq_9154e
SHAH ALAM, 1 Oktober 2016 : Selangor membawa bekalan tipis ke Kuala Terengganu apabila mengatasi T-Team 2-1 pada perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Walaubagaimanapun T-Team mendahului permainan menerusi sepakan penalti selepas Safawi Rasid dijatuhkan dalam kotak penalti Selangor dan Patrick Cruz menyempurnakan sepakan untuk meletakkan pelawat di depan minit ke-22.

Penyerang Selangor Ahmad Hazwan Bakri memberi harapan pada pasukan Selangor apabila menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi rembatan lencong yang cantik.

Permainan pada babak kedua seakan memberi gambaran berkesudahan dengan seri, namum Ugochukwu Ukah mengambil peluang situasi kelam kabut di depan gol Terengganu dengan merembat masuk gol pada minit ke-80.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 15 Oktober di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.