Home / Lain - Lain / PKPP BUKA PELUANG BAGI SKUAD KARATE UNTUK INTAI PELUANG LAYAK KE SUKAN OLIMPIK

PKPP BUKA PELUANG BAGI SKUAD KARATE UNTUK INTAI PELUANG LAYAK KE SUKAN OLIMPIK

Penundaan kesemua pertandingan bagi sukan karate terutamanya kejohanan yang menawarkan tiket kelayakan ke temasya Sukan Olimpik 2020 membuka ruang buat skuad karate negara membuat persiapan lebih terperinci.

Kesukaran lebih dirasai S.Prem Kumar yang terpaksa mengambil bahagian dalam kelas 67kg selepas tuan rumah Jepun hanya mempertandingan 3 kategori berat badan sahaja.

Dengan baki enam bulan sebelum saingan bersambung bermula Januari 2021 perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam pembentukan fizikal dan mental selepas tiga bulan tidak menjalani latihan ketat.

Laluan sukar terpaksa dilalui S.Prem Kumar yang terpaksa beralih ke kategori bawah 67kg berbanding kategori asalnya 55 ke 60 kg.

Dia yang senonim dengan kategori 55kg mula meraih pingat pada temasya Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur sebelum turut meraih gangsa pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta dan kejohanan karate Asia di Tashkent tahun lalu.

Ini disusului dengan kejayaan merangkul pingat emas pada temasya Sukan Sea di Filipina memberi keyakinan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk turun menyenaraikannya dalam Program Road To Tokyo (RTT).

Seorang lagi atlet karate negara R.Sharmendran mengakui peluang 50-50 bagi dirinya untuk ke Tokyo.

Namun tempuh panjang yang dimiliki untuk membuat persiapan sedikit sebanyak memberi ruang bagi dirinya memperkemaskan segala yang tertinggal sepanjang tiga bulan tanpa latihan ketat.

Bagi jurulatih S.Mahendran tumpuannya kini lebih terarah kepada latihan asas selepas dua anak buahnya Prem Kumar dan Sharmendran dilihat amat memerlukannya ketika ini.

Kali pertama dipertandingankan dalam temasya Sukan Olimpik hanya empat acara menjadi pilihan tuan rumah Jepun untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita iaitu Bawah 67kg, 75kg, dan 75kg keatas bagi lelaki dan 55kg, 61kg, dan 61kg keatas untuk wanita selain acara Kata untuk kedua-dua kategori.