Home / Bola Sepak / PKNP lamar Yashir Pinto

PKNP lamar Yashir Pinto

Image © Coquimbo Unido Twitter


PKNP FC mengikat bekas pemain import Perak, Yashir Pinto selama setahun bagi mengharungi kempen Liga Super dan Piala Malaysia pada musim ini.

Untuk rekod, Pinto, 27, merupakan awang import ketiga yang ditandatangani oleh PKNP FC selepas Thomas Abby, 26, dari Ghana dan pemain kebangsaan Tajikistan, Sijavush Asrorov, 27, bagi menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Keputusan untuk menandatangani khidmat pemain kebangsaan Palestin itu dibuat selepas perbincangan dilakukan oleh pihak pengurusan berdasarkan pengalamannya beraksi dalam saingan liga di negara ini bersama Perak dan Melaka.

Yashir mampu beraksi di pelbagai posisi terutamanya di bahagian tengah dan juga sebagai penyerang.

Selain itu, katanya, PKNP FC dalam perancangan untuk menandatangani seorang lagi pemain import dari Senegal yang beraksi di bahagian serangan dalam masa terdekat namun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut berikutan pemain itu masih menjalani ujian bersama pasukan dan perlu melepasi beberapa syarat ditetapkan.