Home / Lain - Lain / PKBM SELARASKAN BENTUK LATIHAN DAN BANTUAN KEPADA SKUAD BERBASIKAL TREK NEGARA DI MELBOURNE

PKBM SELARASKAN BENTUK LATIHAN DAN BANTUAN KEPADA SKUAD BERBASIKAL TREK NEGARA DI MELBOURNE

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan sentiasa menyelaraskan apa saja bentuk program mahu pun bantuan kepada skuad basikal trek kebangsaan yang berpengkalan di Melbourne Australia.

PKBM akan mematuhi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Australia bagi memastikan kebajikan skuad sandaran pingat negara tidak diabaikan.

Setakat ini PKBM akan terus berkomunikasi dengan ketua jurulatih John Bearsly di Melbourne dari semasa ke semasa.

Empat pelumba berada di bawah kendalian Bearsley ketika ini termasuk dua pelumba elit Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom.