Home / Bola Sepak / PJ City pamer kebangkitan di Kuala Terengganu

PJ City pamer kebangkitan di Kuala Terengganu

PJ City FC bangkit dari ketinggalan 3 gol untuk mengaibkan tuan rumah Terengganu FC 5-3 dalam aksi Liga Super malam tadi.

Tiga jaringan menerusi penyerang utama Kipre Tchetche disusuli jaringan debut Nabil Latpi dan juga Ashari Samsudin dalam tempoh 20 minit pertama berjaya menceriakan kem Terengganu FC yang berusaha untuk bangkit daripada kekecewaan dalam kempen Shopee Piala FA sebelum ini.

Sememangnya ianya adalah keputusan yang diluar jangkaan apabila pasukan pelawat berjaya bangkit di separuh masa kedua dengan 5 jaringan memastikan 3 mata berjaya mereka bawa pulang.  

Keputusan lain menyaksikan JDT kekal di persada liga setelah tundukkan Pahang 2-0 dan KL catat kemenangan ketiga liga setelah menewaskan PKNS 2-1.

Perak membenam pasukan adik PKNP FC 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak. Skuad The Bos Gaurus terlebih dahulu meledak gol seawal minit ketujuh menerusi tendangan Careca hasil kesilapan pertahanan pasukan lawan.

Perak kemudian menggandakan gol selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Ronado pada minit ke-29.

Namun PKNP FC merapatkan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalui tandukan Yashir Pinto.

Bersambung babak kedua, Perak sekali lagi meledak gawang gol PKNP FC menerusi sepakan percuma Nazirul Naim yang disudahkan Careca untuk gol ketiga tuan rumah.