Home / Bola Sepak / #PialaSumbangsih – JDT dan Selangor mula dengan bergaya !

#PialaSumbangsih – JDT dan Selangor mula dengan bergaya !

Pemain JDT bersama Piala Sumbangsih yang dimenangi. Gambar © SukanMalaysia

Pemain JDT bersama Piala Sumbangsih yang dimenangi. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

JOHOR BAHRU 13 Februari 2016 : Perlawanan Piala Sumbangsih, pembukaan Liga Super 2016 yang diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin, antara pasukan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan juara Piala Malaysia 2015, Selangor Darul Ehsan, berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 namun  JDT  berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih di Bumi Johor apabila berjaya memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti. Namun yang nyatanya kedua pasukan ini membuktikan kesugngguhan mereka pada tahun ini.

Ketua Pasukan Safiq Rahim masih mengekalkan status beliau sebagai ketua pasukan untuk memimpin pasukan JDT bagi tahun 2016. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

Ketua Pasukan Safiq Rahim masih mengekalkan status beliau sebagai ketua pasukan untuk memimpin pasukan JDT bagi tahun 2016. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

Bukti kesungguhan kedua-dua pasukan ini dapat dilihat dari apabila mereka mempunyai skuad yang besar.  Pemain yang membarisi kedua-dua pasukan ini baik yang berada di kesebelasan utama ataupun yang membarisi pemain simpanan adalah pemain yang berkualiti.  Selangor misalnya ketika Hazwan Bakiri, Nazmi Faiz dan Robert Cornthwaite cedera, penggantinya Gopinathan, S. Veenod dan Razman dapat memainkan peranan dan tugas yang sama tahap permainannya dengan pemain yang dikeluarkan malah mereka juga ada skil dan kehebatan tersendiri.

JDT pula membariskan pemain gantian yang berkualiti apabila memasukkan Azammudin Akil, Nazrin Nawi dan Amirulhadi Zainal sebagai pemain gantian.  Semua ini bukti betapa kedua-dua pasukan ini bukan sahaja bersedia untuk menggungguli Liga Super namun juga untuk Piala AFC pada tahun ini.

Hafiz Kamal lulus ujian pertama beliau bersama pasukan Selangor apabila menjaringkan gol pertama Selangor malam tadi. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

Hafiz Kamal lulus ujian pertama beliau bersama pasukan Selangor apabila menjaringkan gol pertama Selangor malam tadi. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

Bagi pemain import kedua-dua pasukan, Selangor nampak  mempunyai pemain import baru yang lebih matang iaitu Mauro Andres Olivi berbanding Juan Martin Lucero.  Lucero terlepas beberapa peluang yang sepatutnya bagi pemain profesional ianya adalah jaringan gol.  Olivi pula agak selesa dengan permainannya dan berjaya membuat beberapa percubaan tepat ke pintu gol JDT. Namun dengan kehadiran Lucero yang tidak sampai seminggu di sini, mungkin beliau perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi permainan di Malaysia.

Bagi pemain-pemain tempatan JDT dan Selangor nampak seimbang dan kredit harus diberikan kepada Hafiz Kamal apabila berjaya membuat jaringan cantik dalam perlawanan pertamanya bersama Selangor.  JDT dengan sebahagian besarnya adalah pemain sama nampak banyak menguasai permainan namun gagal mencipta kemenangan apabila Selangor juga bermain baik di bahagian pertahanan.  Corak permainan Johor tidak banyak berbeza dengan musim lalu dan mereka memang mempunyai kualiti mereka tersendiri apatah lagi sebahagian besar pemain JDT adalah pemain kebangsaan.  Cuma pastinya penyokong Johor merindui Figueora di mana jika beliau adalah penyerang pada perlawanan ini pasti Johor memenangi perlawanan ini dengan 2-1.

AK1_9644

Kegagalan Mohd Azrif Nasrulhaq menjaringkan gol buat Selangor menerusi sepakan penalti penetuan memberi kejayaan buat JDT menjulang Piala Sumbangsih 2016. Gambar © SukanMalaysiaDotMY

Selangor pula nampak ketara perbezaan corak permainan di bawah kendalian Zainal.  Pada musim lalu kita dapat lihat bagaimanan Skuad Mehmet lebih kental bertahan dengan  ‘man to man marking’ yang berdisiplin dan hanya menyerang melalui serangan balas. Zainal pula mempunyai corak permainan yang agak terbuka dan lebih menggunakan kelajuan flanker di kiri dan kanan pasukan.

Apapun, Syabas bagi Johor yang berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih dan Syabas juga bagi Selangor yang berjaya mencuri satu mata berharga di Larkin.  Bukan senang untuk mencuri mata di Larkin apatah lagi Selangor akan kerap bermain di luar Shah Alam sehingga stadium mereka selesai dibaik pulih.

OLEH HISYAM RAHMAN