Home / Hoki / #PialaSultanAzlanShah – Malaysia sekadar di tempat ke 4

#PialaSultanAzlanShah – Malaysia sekadar di tempat ke 4

Hoki_2

Ipoh 16 April 2016 : Pasukan hoki negara terpaksa berpuas hati di tempat ke empat apabila tewas dalam penentuan pukulan penalti 4-5 kepada pasukan New Zealand dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.

Kegagalan Fitri Saari menjaringkan gol dari penentuan penalti ternyata menghampakan ribuan penyokong yang hadir untuk menyaksikan Malaysia sekurang-kurangnya merebut tempat ke 3 kejohanan. Fitri yang mengambil pukulan terakhir untuk Malaysia gagal menewaskan penjaga gol, Devon Manchester untuk memberi kemenangan kepada pasukan The Black Stick.

Hoki_1

Pemain Malaysia juga seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila melepaskan kemenangan yang sepatutnya berpihak kepada mereka. Ketika kemenangan telah jelas di depan mata, Malaysia gagal mempertahankan kedudukan 3-2 dengan baki permainan hanya tinggal satu minit apabila Kane Russell menjaringkan gol penyamaan untuk mengheretkan permainan ke penentuan pukulan penalti.

“Saya amat kecewa dengan kekalahan seperti ini, Pemain saya sudah berusaha dan bermain bersungguh-sungguh namun sedikit kesilapan pada saat akhir menghukum kita ” ujar Jurulatih Malaysia – Stephen Van Huizen.