Home / Bola Sepak / #PialaMalaysia2015 – Tomoi Kenari jinakkan The Fighters

#PialaMalaysia2015 – Tomoi Kenari jinakkan The Fighters

Pemain Kedah mengasak pemain pasukan Felda United. Gambar oleh Azhari Yusop

Pemain Kedah mengasak pemain pasukan Felda United. Gambar oleh Azhari Yusop

SELAYANG 2 Disember 2015 : Sang Kenari Kedah ternyata lebih kental apabila berjaya menjinakkan ‘The Fighters’ dengan dua kali bangkit untuk menyamakan kedudukan seterusnya mengikat FELDA United 2-2 pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi. Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mendahului dua kali pada setiap babak, namun anak buah Ramon Marcote bangkit mengutip dua gol tempat lawan sebagai bekalan terbaik untuk aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, Ahad ini.

Pemain Felda meraikan gol kedua jaringan Thiago. Gambar oleh Azhari Yusop

Pemain Felda meraikan gol kedua jaringan Thiago. Gambar oleh Azhari Yusop

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului permainan menerusi penyudah kemas Thiago Augusto pada minit ke-13. Tersentak dengan gol itu, Kedah mula mengatur serangan lebih kemas, dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol kontroversi selepas tandukan Sandro Da Silva yang dikatakan belum melepasi garisan gol disahkan gol oleh pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajudin.

Separuh masa kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan namun Felda ternyata terlebih dahulu menjaringkan gol melalui penyerang berbisa mereka, Thiago Augusto pada minit ke 54 sebelum Kedah yang tidak mengenal putus asa menjaringkan gol penyamaan melalui Chidi Edeh pada minit ke-62 untuk mengikat kedudukan seterusnya membawa bekalan selesa ke Darul Aman.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Pahang hanya sekadar seri 0-0 dengan pasukan Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*