Home / Bola Sepak / #PIALAASIA2019 : Tuah Harimau Malaya dirobek kerakusan Hong Kong.

#PIALAASIA2019 : Tuah Harimau Malaya dirobek kerakusan Hong Kong.

Syazwan Zainon meraikan gol penyamaan dalam perlawanan menentang Hong Kong malam tadi. Gambar oleh Noordin Shariff / Sukan Malaysia

MELAKA 6 September 2017 – Harimau Malaya terpaksa menerima hakikat pasukan Hong Kong lebih bersedia dalam menghadapi saingan kelayakkan Piala Asia 2019 apabila diberi saingan sengit dalam perlawanan pusingan kelayakkan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Biarpun bermain dengan 9 pemain pasukan Harimau Malaya seakan tidak gentar dengan kerakusan barisan pemain Hong Kong yang ingin mencari mata penting dalam perlawanan ini. Dibayangi pengadil dari Australia Christopher Beath yang seakan menyekat kemampuan barisan anak buah Manuel Vingada pemain-pemain meneruskan semangat dengan sorakan padu hampir 10 ribu penyokong yang hadir.

Bermula aksi babak pertama kedua-dua pasukan ternyata tidak menampilkan kesungguhan berlawan.Bermain dengan secara berhati-hati sekaligus tidak mempamerkan corak permainan sebenar. Walaupun sesekali menyerang melalui gerakan Safiq Rahim dan Syazwan Zainon ianya tidak dapat menembusi barisan pertahanan Hong Kong yang dikawal melalui Jose De Souza. Sehingga ke hujung permainan babak pertama masih tidak menembusi jaring gol.
Beraksi di babak kedua barisan Harimau Malaya memulakan gerakan menarik melalui sentuhan  Badrul Bakhtiar tetapi sempat diselamatkan oleh penjaga gol Hong Kong Yapp Hung Fai. Hong Kong melakukan kejutan melalui gerakan menarik pemain penyerang Alessandro Ferreira pada minit ke 53 untuk gol pertama pasukan Hong Kong.

Namun Harimau Malaya bangking 5 minit kemudian dengan sentuhan penyudah melalui Syazwan Zainon sekaligus memberi semangat kebangkitan buat tuan rumah.

Permainan yang menarik sedikit tergugat selepas dua pemain Harimau Malaya dilayangkan kad merah sekaligus merencatkan permainan biarpun beraksi dengan cemerlang. Di kem Harimau Malaya beberapa pegawai dan pemain melakukan protes mereka kepada pembantu pengadil.
Sehingga tamat permainan bantahan kepada Pengadil perlawanan berterusan sehingga menyaksikan beberapa pemain meluru ke arah pengadil  melakukan protes. Namun kecekapan pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan.

Tamat perlawanan, Malaysia 1, Hong Kong 1.

Laporan : Mohd Noordin Shariff / Sukan Malaysia