Home / Badminton / PIALA THOMAS & UBER 2020 : MASIH BELUM ADA JAMINAN DARI KBS

PIALA THOMAS & UBER 2020 : MASIH BELUM ADA JAMINAN DARI KBS

Tatkala skuad Piala Thomas dan Uber negara sudah bersiapa sedia menggalas cabaran negara pada kejohanan edisi 2020 di Aarhuz Denmark.

Namun perkembangan terbaru ini sedikit menyentap semangat pemain-pemain badminton kebangsaan berikutan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum memberikan jaminan skuad negara dapat terbang ke Denmark bagi menyertai acara berprestij berkenaan.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk memuktamadkan sebarang keputusan kerana masih ada tempuh sebulan lagi sebelum kejohanan itu dilangsungkan.

Setakat ini tidak ada halangan buat skuad badminton negara ke Denmark melainkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Korea Selatan menjadi negara terbaru menarik diri dari kejohanan yang akan berlangsung 3 hingga 11 Oktober depan mengikuti jejak Taiwan, Australia, Thailand dan Indonesia.