Home / Bola Sepak / Piala Cabaran 2019 : JDT II sekadar membawa bekalan tipis ke Cheras

Piala Cabaran 2019 : JDT II sekadar membawa bekalan tipis ke Cheras

Johor Darul Ta’zim 2 (JDT II) hanya membawa bekalan satu gol selepas menang tipis 1-0 menentang UKM FC dalam perlawanan akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Ini bermakna peluang masih ada buat UKM FC menjelang aksi timbal balik di Cheras pada 12 Oktober nanti.

Aksi perlawanan akhir pertama di Pasir Gudang seperti diduga berlangsung sengit sejak awal lagi selepas kedua-dua pasukan JDT II dan UKM FC saling berbalas serangan.

Babak pertama permainan benteng pelawat lega selepas bola umpanan Romalov Auzman gagal disempurnakan oleh Diego Fernandez di dalam kotak penalti.

Minit ke-35 giliran tuan rumah berhadapan detik cemas apabila bola rembatan Wan Faiz Wan Sulaiman hampir membuahkan jaringan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

Kelebihan mula memihak kepada JDT II pada baki 45 minit seterusnya. Jaringan Abd Hadi Zainal pada minit ke-57 membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0.

Walaupun UKM bangkit mencari gol penyamaan, kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan.