Home / Hoki / PHKL LANCARKAN PROGRAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI

PHKL LANCARKAN PROGRAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI

Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) bakal memulakan program pembangunan akar umbi di sekolah-sekolah sekitar ibu negara dengan modul dan konsep terkini mengikut standard eropah.

Setakat ini 12 buah sekolah sedia menerima bantuan pengajaran hoki itu dengan menyasarkan penglibatan murid berusia 10 hingga 13 tahun dengan program dijangka permula pada Januari 2021.

Presiden PHKL Datuk Seri Megat D.Shahriman menjelaskan pihaknya akan bergabung dengan sekolah-sekolah yang berminat dimana penstrukturan module ditentukan oleh PHKL.

Datuk Seri Megat D. Shahriman ditemui pada sidang media kejohanan hoki veteren Kuala Lumpur 2020.

Kejohanan ini menampilkan 12 pasukan yang kebanyakkannya dibarisi dengan bekas pemain kebangsaan yang turut disertai oleh Iman Gobinathan dan Keevan Raj.

Untuk edisi sulung ini menyaksikan team Grace dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang kemenangan berjumlah RM1,000 bersama piala pusingan dan pingat.

Dalam pada itu juga Stadium Hoki Kuala Lumpur bakal berwajah baharu apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjalankan bercadang menjalankan kerja penambahbaikan.

Ini adalah bagi memastikan venue pertandingan bagi menjadikan venua berkenaan lebih moden dan menjadi yang terbaik bagi pengajuran.