Home / Golf / #PGMTOUR – Nicholas ‘ada kelahh’ di Kelantan !

#PGMTOUR – Nicholas ‘ada kelahh’ di Kelantan !

KOTA BAHRU, 16 April 2016 : Pictured during the final round of the PGM Kelantan Closed Championship 2016 at the Kelantan Golf & Country Club, Kota Bahru, Kelantan, Malaysia. Pix by Arep Kulal / PGM TOUR

Nicholas Fung juara PGM Kelantan Closed Championship 2016. Pix by Arep Kulal / PGM TOUR

KOTA BAHRU,  16 April 2016 : Pemain golf negara, Nicholas Fung membuktikan beliau dalam kelas tersendiri apabila mudah mendominasi kejohanan Golf PGM Kelantan Closed Championship di Kelantan Golf & Country Club, Kota Bahru, Kelantan, kelmarin.

Walaupun memulakan saingan hari terakhir kejoahana dengan ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu hari ketiga, Khor Kheng Hwai, yang mendahului dengan 14 dibawah par, Nicholas mempamirkan corak permainan yang sungguh konsisten pada 9 lubang pertama untuk merapatkan kedudukan dengan 15 dibawah par bersama Kheng Hwai.

Pengalaman bermain di peringkat antarabangsa ternyata membantu Nicholas apabila beliau terus konsisten untuk melakukan pukulan-pukulan yang baik dikala Kheng Hwai melakukan dihukum apabila melakukan beberapa kesilapan terutamanya di di lubang 13 dan 15. Mendahului 5 pukulan di hadapan dengan catatan 17 pukulan di bawah par di lubang ke 17, ternyata sudah mengesahkan kejohanan milik beliau apabila Kheng Hwai sekali lagi mencatatkan bogey di lubang ke 17.

Dengan permainan 68pukulan di hari terakhir, 17 pukulan di bawah par secara keseluruhan, Nicholas merangkul gelaran kedua dalam Jelajah PGM untuk tahun ini dan yang ke 16 dalam karier beliau sebagai pemain golf professional. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30’600.00 berserta piala.

Dari meja Editor Sukan Malaysia “Tahniah Nicholas Fung – kelaaahhhhh muuu beeeeeh ! “