Home / Bola Sepak / PFAM sambut baik langkah persatuan bola sepak negeri menetapkan nilai klausa perpindahan dalam kontrak pemain

PFAM sambut baik langkah persatuan bola sepak negeri menetapkan nilai klausa perpindahan dalam kontrak pemain

Persatuan Pemain Professional Bola Sepak Malaysia menyambut baik keputusan pasukan Liga Malaysia yang menetapkan nilai klausa pelepasan dalam kontrak pemain mereka.

Presidennya Rizal Zambri Yahya berkata ia merupakan langkah positif dalam usaha positif pasukan menjaga pemain mereka dari dipancing pasukan lain.

Baru-baru ini perpindah Akhyar Rasyid dari Kedah ke JDT mencetuskan kontroversi apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berpuashati dengan nilai pampasan yang ditetapkan FAM keatas pemain berusia 19 tahun itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Bola Sepak Melaka United anggap tuntutan bernilai RM1.6 juta tidak tertakluk terhadap Syazwan Andik ekoran Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur masih gagal melunaskan tunggakan gaji kepada pemain itu.