Home / Lain - Lain / PETRONAS YAHAMA SEPANG RACING TEAM AZAM JANJI TAMPILAN PERSEMBAHAN TERBAIK

PETRONAS YAHAMA SEPANG RACING TEAM AZAM JANJI TAMPILAN PERSEMBAHAN TERBAIK

Menjelang aksi pertama Kejuaraan Dunia jentera dua roda MotoGP Grand Prix Qatar pada 6 hinggs 8 Mac nanti pasukan negara Yamaha Sepang Racing.

Menerusi dua pelumba Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli berazam untuk memberikan aksi terbaik dan semestinya saingan lebih sengit turut akan ditampilkan barisan pelumba lain musim ini.

Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing mengadakan sesi memperkenalkan pasukan bersama jentera musim 2020.

Dengan menggunakan jentera YZRN1 pastinya menjanji saingan yang mecabar buat Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Datuk Razlan Razali selaku prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing mahu pencapaian tahun ini lebih baik berbanding musim lalu.

Pada edisi lalu penampilan pertama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menerusi Quartararo berjaya meraih gelaran Rookie of the year serta gelaran Best Independent Rider dan Best Independent Team.

Esok kesemua pasukan akan menjalani sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sehingga ahad nanti.