Home / Lain - Lain / PESURUHJAYA SUKAN NEGARA DAN MAJLIS OLIMPIK AKUI MASALAH DALAM DIKALANGAN PERSATUAN SUKAN SEMAKIN RUNCING

PESURUHJAYA SUKAN NEGARA DAN MAJLIS OLIMPIK AKUI MASALAH DALAM DIKALANGAN PERSATUAN SUKAN SEMAKIN RUNCING

Pesuruhjaya Sukan Negara (PJS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengakui masalah dalaman dan perbalahan dalaman individu dalam beberapa persatuan sukan kebangsaan ketika ini memang ditahap menggusarkan.

Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak ia terus menjadi barah dalam pembangunan sukan di Malaysia.

Kemelut dan permasalahan persatuan sukan menjadi agenda utama pada pertemuan sulung Pesuruhjaya Sukan Kebangsaan yang baharu Dr Wirdati Mohd Radzi bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pertemuan yang diatur sejak awal tahun hanya menjadi kenyataan hari ini berikutan perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

Dr Wildati mengakui pertemuan lebih kerap adalah jalan terbaik untuk pihaknya mengetahui setiap masalah persatuan sukan ketika ini.

MOM memiliki 35 ahli gabungan penuh dan ketika ini beberapa persatuan sukan sedang berhadapan kemelut yang nampaknya memerlukan campurtangan pesuruhjaya sukan untuk diselesaikan.

Perbincangan juga terarah kepada penyediaan profail atlet kebangsaan dari pelbagai lapisan untuk kegunaan pemantauan dan urusan komunikasi.

Dr. Wirdati dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan pada 2 Julai 2019 menggantikan Datuk Zaiton Othman yang bersara wajib.

Sebelum ini Dr. Wirdati bertugas sebagai pensyarah kanan Pusat Sains dan Rekreasi Universiti Malaya (UM).