Home / Lain - Lain / Persiapan Le Tour De Iskandar sudah 90% siap

Persiapan Le Tour De Iskandar sudah 90% siap

Persiapan penganjuran Pertandingan Lumba Basikal Le Tour De Iskandar 2019 kini memasuki 90% siap.

Menurut penganjur perlumbaan ini membabitkan 5 peringkat yang akan melalui tujuh daerah di Johor bermula di Nusajaya dan berakhir di Johor Bahru.

Perlumbaan ini membabitkan perjalanan dari Iskandar Puteri – Batu Pahat sejauh 134.2 kilometer, Muar – Yong Peng (172.4 kilometer), Kluang – Mersing (109 kilometer), Mersing – Bandar Penawar (141 kilometer) dan Bandar Penawar – Johor Bahru (136.4 kilometer).

Setakat ini 23 penyertaan telah diterima termasuk dari luar negara seperti Australia dan Perancis.

Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Jaafar Hashim berkata, pertandingan yang mendapat pengiktirafan Kejohanan Berbasikal Antarabangsa (ICU) itu akan bermula pada 17 hingga 21 April 2019 nanti.

“Kejohanan yang dianjurkan dengan kos RM2.5 juta itu membabitkan lima peringkat dan akan bermula di Iskandar Puteri dan berakhir di Johor Bahru dengan jarak keseluruhan kira-kira 700 kilometer,” katanya.