Home / Lain - Lain / PERSEKUTUAN SUKAN ASIA TENGGARA (CGF) AKAN MENGADAKAN MESYUARAT MEMBINCANGKAN PERKEMBANGAN SUKAN SEA 2021

PERSEKUTUAN SUKAN ASIA TENGGARA (CGF) AKAN MENGADAKAN MESYUARAT MEMBINCANGKAN PERKEMBANGAN SUKAN SEA 2021

Persekutuan Sukan Asia Tenggara (CGF) akan mengadakan mesyuarat secara atas talian bersama kesemua ahli gabungan pada 22 dan 23 Julai depan bagi membincangkan perkembangan Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Vietnam tahun depan.

Bagi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ia akan turut menjadi penentu bagi halatuju kontinjen negara ketika dunia masih berjuang menentang pandemik Covid-19.

Sidang talian itu menggantikan mesyuarat secara fizikal yang sepatutnya dianjur Vietnam bagi memaklumkan persediaan selaku tuan rumah selain senarai sukan yang bakal dipertandingkan.

Tuan rumah memberi jaminan mahu memberi perhatian kepada sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Malaysia akan turut menjadi lebih teliti dalam pemilihan acara yang akan disertai negara.

Dalam pada itu Datuk Seri Norza turut memaklumkan kesemua dana bantuan berjumlah RM300,000.00 yang disediakan MOM telah selesai dibahagikan kepada ahli gabungan dan ahli bersekutu.

Sebanyak 23 persatuan daripada 35 ahli gabungan layak menerima bantuan sehingga RM10,000.00.

Manakala bantuan sehingga RM5,000.00 turut diterima 7 ahli bersekutu terpilih.

Pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM turut menimbang bagi pembentukan Task Force bagi membincangkan Perlembagaan MOM yang perlu dibuat perubahan.