Home / Lain - Lain / PERSATUAN OLIMPIAN MALAYSIA (MOA) RENCANA PERANCANGAN 2021

PERSATUAN OLIMPIAN MALAYSIA (MOA) RENCANA PERANCANGAN 2021

Kepimpinan baharu Persatuan Olimpian Malaysia (MOA) yang diterajui bekas pelari berpagar wanita negara Noraseela Mohd Khalid mahu persatuan itu bergerak dinamik dalam arena media sosial dengan menyusun perancangan bermula awal 2021 selari dengan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun depan.

Selain perlantikan Noraseela Mohd Khalid sebagai presiden Olimpian Malaysia yang baharu ketika mesyuarat agung persatuan 21 November yang lalu MOA turut memilih bekas pemain hoki Jiwa Mohan sebagai timbalan presiden manakala atlet taekwando Malaysia Che Chew Chan sebagai setiausaha kehormat.

Menurut Noraseela MOA yang kini memiliki 340 atlet bekas olimpian negara memainkan peranan penting sebagai platform menyatukan bekas-bekas olimpian sebagai pusat pengumpulan ilmu menerusi perkongsian pengalaman.

Bagi timbalan presiden MOA Jiwa Mohan yang juga bekas atlet hoki kebangsaan MOA juga berhasrat menyebarkan semangat Olimpism dalam kalangan atlet-atlet utama yang masih di bangku sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan oleh MOA adalah program kutipan amal dan Hari Olimpik.

Persatuan ini mendapat sokongan Persatuan Olimpian Dunia (WOA) yang juga bertanggungjawab memantau aktiviti mereka.