Home / Golf / Perodua terus komited anjurkan WAGCM

Perodua terus komited anjurkan WAGCM

Para peserta Kejohanan Golf Amatur Dunia Jemputan Malaysia bergambar sebelum memulakan kejohanan.

Para peserta Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia bergambar sebelum memulakan kejohanan. Gambar oleh Anas Toha / WAGIM

Sungai Long, 15 Sepetember 2015 : Syarikat Pengeluar kereta kedua nasional, PERODUA terus komited untuk menjadi penaja utama bagi menganjurkan Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia (World Amateur Golfers Championship Malaysia 2015 – WAGCM). Ketika ditemui oleh para wartawan selepas selesai kejohanan jemputan yang melibatkan pihak pengurusan Perodua dan rakan niaga di Kelab Golf Sg Long baru-baru ini, Ketua Eksekutif Perodua Sales Sdn Bhd, Encik Zahari Husin berkata, Perodua amat berpuashati dengan penganjuran kejohanan tahun ini dan peningkatan permainan yang ditunjukkan oleh para peserta semasa kejohanan.

“Kami komited selepas melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta untuk merebut lima tempat yang akan membawa mereka ke Turki. Justeru kami merasakan amat wajar untuk kami terus menyatakan sokongan kepada kejohanan ini sehingga tahun 2017 dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk pusingan akhir nanti’- ujar Encik Zahari.

Sebanyak 12 sirkit kejohanan disediakan pada tahun ini meliputi negeri Selangor, Sarawak, Melaka, Sabah, Kedah, Johor dan Penang yang bermula pada 30 April 2015 yang lalu. Sirkit terakhir kejohanan ialah pada 17 September 2015 di Kelab Golf Templer Park, Selangor.

“Perodua amat berharap, hasil dari 12 sirkit yang dianjurkan, Malaysia mampu menghantar wakil yang boleh memberi saingan di Kejohanan Dunia di Belek Turki. Melihat dari peratusan markah yang dihasilkan oleh peserta, saya amat yakin kita boleh melakukan kejutan” – balas Encik Zahari dengan penuh yakin.

Pusingan akhir peringkat Kebangsaan Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia ini akan diadakan di Templer Park Country Club pada 22 October 2015, untuk memilih 5 pemenang dari setiap kategori untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Akhir Golf Amatur Dunia di Belek, Turkey dari 28 November hingga 5 December 2015.

Untuk menyertai dan maklumat lanjut boleh hubungi, call +603 7931 9311 atau layari www.worldgolfers.com.my

unnamed-2

 

Leave a Reply