Home / Hoki / Permulaan Baik Pasukan Negara

Permulaan Baik Pasukan Negara

Ipoh, 06 April 2016: Pasukan Hoki Malaysia membuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 edisi ke-25 dengan mengikat juara bertahan, New Zealand dengan keputusan 3-3 dalam aksi ketiga semalam.

Pasukan Malaysia meraikan gol untuk mendahului New Zealand. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia

Pasukan Malaysia meraikan gol untuk mendahului New Zealand. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia

Dalam permainan yang diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh itu, penjaga gol Hafizuddin Othman dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan apabila tampil cemerlang untuk menafikan kemenangan kepada pasukan New Zealand.

Pasukan Malaysia cuba menembusi pertahanan New Zealand. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia.

Pasukan Malaysia cuba menembusi pertahanan New Zealand. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia.

Malaysia memulakan aksi jaringan melalui serangan balas pantas yang anak buah Stephen Van Huizen yang berakhir dengan penyudah yang sempurna oleh Firhan Ashaari selepas mendapat hantaran menarik dari Meor Muhammad Azuan untuk jaringan pendahuluan.

Walau bagaimanapun, pasukan New Zealand memperkemaskan aksi sekaligus berhasil menyamakan kedudukan apabila skill individu menarik yang ditampilkan Nicholas Wilson yang menggelecek 3 pertahanan skuad Negara.Wilson kemudiannya berjaya menjaring gol kedua melalui jaringan padang pada minit ke 34 sebelum Razie Rahim menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalty pada minit ke-44.

Aksi pasukan New Zealand menentang Malaysia. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia.

Aksi pasukan New Zealand menentang Malaysia. Gambar oleh Arena Hoki Malaysia.

Pasukan Malaysia kembali berada di hadapan melalui satu gerak menarik pukulan sudut penalty yang disempurnakan oleh Shahril Saabah pada minit ke 48. Impian Malaysia untuk mencatatkan kemenangan walau bagaimanapun gagal apabila ketua pasukan New Zeland, Simon Child menyamakan kedudukan bagi menamatkan perlawanan pertama ini dengan keputusan seri 3-3.

Lain-lain keputusan, Pakistan menundukkan Canada 3-1 manakala India menewaskan Jepun 2-1.

Malaysia akan turun malam ini untuk menentang Jepun pada jam 8.35 malam.