Home / Lain - Lain / PERLUMBAAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) DITANGGUHKAN PENGANJUR

PERLUMBAAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) DITANGGUHKAN PENGANJUR

Penganjur perlumbaan basikal Tour Of Peninsular (TOP) Motor Shoot memilih untuk menunda terus edisi kedua ke tahun 2021.

Mengikut jadual asal perlumbaan Tour of Peninsular sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober nanti.

Walaupun ia dijadualkan berlangsung selepas tamat tempuh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) penganjur perlumbaan Motor Shoot menerusi Ketua Pegawai Operasinya Emir Abdul Jalal tidak mahu mengambil risiko memandangkan SOP ketat yang pasti akan dikenakan.

Kali pertama dianjurkan tahun lalu kekuatan yang dimiliki penganjur turut menyaksikan keyakinan oleh badan basikal dunia (UCI) yang melabel perlumbaan Tour Of Peninsular dengan status 2.1.

Malah sejak penghujung Januari tahun ini 3 pasukan berstatus pro benua sudah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian.

Kalendar ketat dijangka akan berlaku pada tahun 2021 selain penganjuran temasya sukan olimpik tarikh yang sama pada Oktober tahun depan dilihat sebagai pilihan untuk penganjuran edisi kedua TOP.

Dalam perkembangan yang sama sistem pembayaran hadiah kemenangan yang diperkenalkan UCI turut mendapat reaksi balas Emir.

Bagi Emir adalah lebih baik hadiah kemenangan diserahkan selepas perlumbaan tamat berbanding perlu melalui pihak ketiga kerana berkemungkinan penganjur melengah-lengahkan pembayaran kepada UCI.