
Penjaga gol ATM sekali lagi mencemaskan penyokong-penyokong ATM apabila gagal menangkap kemas rembatan Jorge Diaz. Gambar oleh : Wan Danish
SELAYANG, 29 OGOS 2014 : Pasukan ATM gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014 setelah tewas kepada pasukan JDT 0-1 di Stadium Selayang malam ini.
Jaringan Luciano Figueroa pada awal babak separuh masa pertama sudah cukup memastikan perjuangan ATM dalam kancah Piala Malaysia 2014 berkubur biarpun masih berbaki satu perlawanan.