Home / Lain - Lain / PERINGKAT PERTAMA TOUR DE SELANGOR : MARCUS CULEY MUNCUL RAJA PECUT, RAJA BUKIT DAN PENDAHULUI KEDUDUKAN

PERINGKAT PERTAMA TOUR DE SELANGOR : MARCUS CULEY MUNCUL RAJA PECUT, RAJA BUKIT DAN PENDAHULUI KEDUDUKAN

Peringkat pertama Tour de Selangor hari ini menyaksikan pelumba Sapura Racing Team Marcus Culey gah mengungguli laluan Pulau Indah ke Batang Kali.

Culey berjaya membuat penamat solo mencipta jarak sehingga 1 minit 58 saat berbanding pencabar terdekat Loic Desriac dari pasukan Bikelife Dong Nai.

Ini sekaligus mengulangi kejayaan yang sama menguasai peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTDL 2019) lalu.

Dua zon pecut dan tiga zon pendakian dengan jarak 179.2km menuju ke Batang Kali memang dijangkakan perlumbaan berlangsung pantas hari ini.

Sebaik melepasi zon neutral dua pelumba cuba melakukan break away sebelum 8 pelumba turut serta dalam kumpulan pendahulu.

Pelumba TSG Harrif Salleh seperti diduga berjaya mengutip mata penuh zon pecut pertama di Kapar.

Memasuki 101km pelumba-pelumba berbeza meneruskan persaingan dalam kumpulan hadapan dengan pelumba PGN Aiman Cahyadi mengungguli zon pecut kedua di Bestari Jaya.

Berjaya membentuk jarak sehingga 9 minit berbaki 50km terakhir kesemua pelumba terus meneruskan kayuhan ke tiga zon pendakian di puncak Templer, Sungai Tua dan Ulu Yam.

Pelumba kelahiran Australia Marcus Culey terus membuat henjutan solo meninggalkan empat pelumba lain dan menuju penamat tanpa dicabar oleh mana-mana pelumba untuk bergelar juara peringkat pertama.

Culey terus mengungguli jersi utama Raja Bukit dan Raja Pecut selain jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Peringkat kedua perlumbaan esok bermula di Sungai Buloh menuju ke Kajang sejauh 150.4km